Murid perlu tahu...!!!
Murid perlu fokus...!!!
Peraturan Keselamatan mesti diikuti bagi mengelakkan daripada
- berlakunya
KEMALANGAN yang tidak diingini
- dapat menyemai sikap tenggungjawab tentang keselamatan kepada murid-murid
Peraturan Keselamatan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
- Peraturan Keselamatan Am
- Peraturan Keselamatan Diri
- Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan
PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
PERATURAN KESELAMATAN KENDIRI
- Dilarang memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel
- Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut
- Ikat rambut yang panjang dengan kemas, atau ikat hujung tudung
- Fahami langkah kerja sebelum memulakannya
- Tanya kepada guru sekiranya terdapat sebarang keraguan
- Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel
- Cuci tangan selepas melakukan aktiviti
PERATURAN KESELAMATAN ALAT DAN BAHAN
- Rancang alatan yang hendak digunakan dan faham cara kegunaannya
- Mintak kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru
- Bersih dan simpan alatan selepas digunakan
- Simpan alatan ditempat yang bersesuaian
- Laporkan kerosakan dan kehilangan kepada guru dengan segera
* selain daripada aspek keselamatan, murid juga perlu tahu cara menggunakan alat pemadam api jika berlakunya kebakaran.
*Kotak Pertolongan Cemas perlu ada di dalam bengkel untuk tujuan rawatan kecemasan jika berlakunya sebarang kemalangan.