Tuesday, August 20, 2013

apa itu kemahiran hidup?


 

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi.

Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah (serta boleh mereka cipta). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.

1 comment:

  1. Ayah saya masih ada simpan buku teks Kemahiran Hidup tahun 5 & 6 sampai sekarang walaupun masa sudah berlalu. RINDU ZAMAN SEKOLAH KBSR DULU

    ReplyDelete